Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Bagi membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) memperluaskan pasaran dan menyokong ekonomi digital tempatan, CIMB Bank Berhad (CIMB) mengambil inisiatif menganjurkan festival CIMB OctoFest: Dendang Desa.
Berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 24 hingga 26 Oktober lalu, festival tersebut menampilkan lebih daripada 100 vendor tempatan yang menawarkan pelbagai produk makanan, barangan kraf tangan, fesyen dan barangan berasaskan warisan daripada PKS.
Malah, jumlah pengunjung yang melalui reruai CIMB selama 3 hari adalah lebih 3,000 orang.
Turut menjadi tumpuan acara tersebut ialah persembahan Aman RA yang menyampaikan lagu Bangun, Kita Bagi Jadi! yang selaras dengan gerakan sosial CIMB, iaitu Kita Bagi Jadi.
Kita Bagi Jadi ialah gerakan sosial untuk memupuk dan menggalakkan semangat daya tahan, optimisme dan positif dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini.
Ia bukan sekadar festival, tetapi platform bagi CIMB untuk mewujudkan pasar komuniti yang menghubungkan pelanggan, usahawan PKS serta rakan strategik dalam suasana santai dan penuh semangat.
Selaras dengan fokus digital CIMB, aplikasi perbankan digital CIMB OCTO serta CIMB OCTO Biz memainkan peranan penting sepanjang festival ini.
Pengunjung digalakkan untuk membuat pembayaran melalui aplikasi CIMB OCTO kepada vendor yang berdaftar sebagai DuitNow QR Local Merchants.
Setiap transaksi minimum RM10 melalui aplikasi ini akan melayakkan pengguna menerima pulangan tunai harian.
Inisiatif ini bukan sahaja menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah, malah memberi ganjaran tambahan kepada pengguna yang setia menyokong ekonomi digital tempatan.
Sejak pelancaran, aplikasi tersebut menerima maklum balas positif daripada pengguna kerana reka bentuknya yang mesra pengguna, kelajuan transaksi yang pantas, serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Pengguna memuji kemudahan mengurus akaun, membuat pindahan wang dan pembayaran bil dalam satu aplikasi yang serba lengkap.
Dalam pada itu, vendor yang menyertai OctoFest: Dendang Desa dilengkapkan dengan Akaun Perniagaan CIMB, sekali gus mewujudkan peluang untuk memperkenalkan mereka kepada rangkaian penyelesaian perbankan PKS yang komprehensif, termasuk OctoBiz, CIMB SME FlexCash-i dan banyak lagi.
Bagi menggalakkan lagi penyertaan dan pemerolehan PKS baharu di bank, CIMB akan menawarkan pakej PKS istimewa dan pengecualian yuran semasa acara tersebut.
Vendor yang menyertai festival tersebut, Noor Najihah Mohamad, 26, berkata, aplikasi yang disediakan oleh CIMB tersebut sememangnya direka untuk memudahkan urus niaga tanpa tunai terutamanya.
“Aplikasi ini menawarkan ciri integrasi pantas di mana pelanggan boleh terus buat pembayaran dengan mengimbas QR tanpa perlu buka aplikasi tertentu.
“Selain itu, aplikasi ini memberikan notifikasi segera apabila pembayaran diterima,” katanya.
Tambahnya, ini meningkatkan keyakinan peniaga, mengurangkan isu pembayaran tidak masuk, dan menjadikan transaksi lebih telus dan pantas.
Sementara itu, pengunjung festival, Adam Sabri, 24 berkata, dia sering menggunakan aplikasi CIMB OCTO dalam urusan harian.
Menurutnya, kelebihan yang ada pada aplikasi itu adalah dari segi kelajuan.
“Apabila saya buka QR, saya boleh terus mengimbas untuk melakukan pembayaran.
“Walaupun internet agak perlahan, ia tetap boleh berfungsi dengan baik dan saya boleh katakan aplikasi ini memang efisien,” jelasnya.
Sebagai pengguna yang kini hampir sepenuhnya beralih kepada transaksi tanpa tunai, dia mengakui aplikasi CIMB OCTO menjadi pilihan utama berbanding platform lain.
Antara sebabnya ialah reka bentuk antaramuka aplikasi itu yang mudah dan mesra pengguna. -KOSMO! ONLINE
The post CIMB OctoFest: Dendang Desa menyokong ekonomi digital tempatan appeared first on Kosmo Digital.
