Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Mendiang Cikgu Lo Kwan Fong yang ditemui meninggal dunia sejak sebulan lalu dikatakan tinggal bersendirian di kediamannya di Bandar Selesa Jaya, Skudai.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin berkata, maklumat itu diperolehi pihak sekolah selepas melakukan siasatan terhadap jirannya.
Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi juga mendapati mendiang juga merupakan anak tunggal dan merupakan hidup sebatang kara.
“Guru tersebut (Lo Kwan Fong) merupakan anak tunggal dan telah kematian bapa dan ibunya pada 1 Mei 2010.
“Guru tersebut didakwa mengalami kemurungan tetapi tiada dokumen pembuktian daripada pihak hospital,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Aznan berkata, setakat ini, kes kematian Kwan Fong, 39, diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.-KOSMO! ONLINE
The post Cikgu Kwan Fong anak tunggal, ibu bapa sudah meninggal pada 2010 appeared first on Kosmo Digital.