Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Hubungan pelakon Emma Maembong dan deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 bersama, semalam.
Perkara tersebut dikongsikan dalam Instagramnya yang memperlihatkan dirinya mengenakan blazer merah jambu berjalan beriringan dengan Emma, yang tampil anggun mengenakan gaun hijau dan korset berona merah jambu.
Selain gambar bersama Emma, DJ Kidd juga berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya berada di dalam dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bersama kelompok artis lain.
Tanpa memperincikan tentang keberadaannya di acara terbabit, DJ Kidd meninggalkan kapsyen ringkas menyatakan minatnya terhadap warna merah jambu, merujuk kepada pakaian yang digayakannya.
“I love pink (saya suka merah jambu),” katanya.
Sebelum ini, timbul gosip mengatakan pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan DJ Kidd.
Malah, Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular dalam media sosial.
Namun, Emma menafikan dakwaan sudah berkahwin dan menegaskan tiada hubungan istimewa engan lelaki berkenaan.
Abang iparnya iaitu penyanyi Cat Farish turut menyangkal dakwaan kahwin dan menyifatkan lelaki itu obses terhadap Emma.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE
The post Emma Maembong ‘heret’ DJ Kidd masuk AMT appeared first on Kosmo Digital.