Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG- Seorang doktor bersama suaminya yang merupakan pembantu perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengekploitasi seorang pembantu rumah warga Indonesia, tahun lalu.
Pengakuan itu dibuat Siti Hajar C. Ahmad Khalid, 29 dan Muhamad Amir Mirza Kamaruddin, 28, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.
Pasangan suami itu didakwa bersama-sama telah memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia berusia 42 tahun bagi maksud eksploitasi kerja paksa di sebuah unit kondominium Taman Melawati, Ampang pada 18 November 2025 mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan tiada jaminan diberikan selaras dibawah Akta 670 yang tidak memperuntukkan jaminan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh dengan pasangan suami isteri itu diperintah melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang setiap bulan.
Sebutan semula kes ditetapkan 13 Mei depan. – KOSMO! ONLINE
The post Doktor, suami dituduh eksploitasi amah Indonesia appeared first on Kosmo Digital.
