Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sebuah akaun video palsu dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) memaparkan suara Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dikesan disebarkan di media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam satu kenyataan berkata, video palsu berkenaan didapati disebarkan melalui aplikasi TikTok.
“Video palsu memaparkan suara Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kononnya berkaitan bantuan kewangan daripada Baginda kepada orang ramai,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, Royal Press Office menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu yang sering digunakan oleh ‘scammers’ untuk tujuan penipuan di platform media sosial.
“Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” kata kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Video palsu suara Raja Permaisuri Agong guna teknologi AI appeared first on Kosmo Digital.