Auto Added by WPeMatico

![]()
GOMBAK – Kerajaan yakin sebarang pertikaian melibatkan isu premium tanah antara Felda dan kerajaan Terengganu dapat ditangani secara berhemah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sekali gus bagi memastikan kepentingan peneroka dan komuniti Felda sentiasa terpelihara.
“Saya yakin kerjasama di antara Kerajaan Pusat melalui Felda dan FGV Holding Berhad (FGV) dengan kerajaan Tengganu, khususnya kerajaan negeri yang telah menjadi perunding untuk kita menyantuni beberapa pertikaian.
“Kita memberikan keutamaan kepada kepentingan dan kebajikan para peneroka,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) British Malaysian Institute, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut telah dibawa ke kabinet dan jelas bahawa Pembayaran sebanyak RM61 juta telah dibuat oleh pihak Felda kepada kerajaan Tengganu.
“Kini mereka telah melanjutkan untuk tempoh sebulan dan operasi-operasi yang selama ini tertangguh telah diteruskan.
“Tetapi kita mahu melihat dari segi permintaan kerajaan Tengganu di mana mereka mengenakan premium bernilai RM700 juta mengikut nilai pasaran sedangkan kita telah membayar premium itu pada tahun 2011 dengan jumlah nilai pasaran ketika itu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini geran atau hak milik tanah masih belum dikeluarkan, sekali gus membuka ruang rundingan antara kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian. – KOSMO! ONLINE
The post Isu tanah antara Felda, Terengganu ditangani secara berhemah appeared first on Kosmo Digital.