Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR- Mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) bagi menggantikan sistem sebelum ini bertujuan memastikan semakan tarif elektrik yang lebih telus dan sejajar dengan realiti pasaran bahan api global.,
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, melalui mekanisme baharu itu, tarif elektrik disesuaikan secara bulanan berbanding sistem sebelum ini, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), yang hanya disemak setiap enam bulan.
“Bagi pengguna domestik yang menggunakan bawah 600 kWj dikecualikan daripada AFA, manakala yang menggunakan lebih 600kWj mereka dikenakan caj sumber tenaga, sama ada gas dan arang batu.
“Bagi Ogos, disebabkan kos minyak, gas dan sebagainya menurun, jadi untuk 1 hingga 31 Ogos rebat akan diberikan kepada bekalan tenaga ini sebanyak 1.545 sen per kwj, sebab penurunan Harga.Ia dibuat secara bulanan bukan lagi enam bulan, maknanya lebih tepat dan telus mengikut garis masa,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mempertimbangkan semakan tarif yang lebih fleksibel dan telus pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE.
The post Dewan Rakyat: AFA pastikan semakan tarif elektrik telus appeared first on Kosmo Digital.