Auto Added by WPeMatico

![]()
TAMPIN – Bekas Ketua Pembangkang Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad mengumumkan pendirian berkecuali dalam situasi politik semasa di negeri ini.
Ridzuan yang merupakan ADUN dari Perikatan Nasional (PN) berkata, tindakan berkecuali berkenan termasuklah tindakan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika ini
“Pendirian ini diambil setelah mempertimbangkan secara mendalam kepentingan rakyat serta kestabilan negeri dan negara secara keseluruhan.
Adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan bahawa keadaan politik kekal stabil dan tidak menjejaskan pemulihan serta pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam suasana semasa yang mencabar,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.
Ujar Ridzuan lagi, dia berpendapat bahawa penukaran kepimpinan kerajaan negeri pada waktu ini adalah tidak sesuai dan berpotensi menimbulkan ketidakstabilan yang merugikan rakyat.
“Selain itu, saya berpendapat bahawa sebarang perubahan besar dalam landskap politik sewajarnya diserahkan kepada mandat rakyat melalui pilihan raya umum akan datang, dan bukannya dilakukan dalam keadaan semasa yang boleh mencetuskan ketidaktentuan,” katanya.
Malah menurutnya lagi, seharusnya fokus utama semua pihak tertumpu kepada isu-isu rakyat, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan, kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negeri.
The post Krisis politik Negeri Sembilan: Bekas Ketua Pembangkang NS umum pendirian berkecuali appeared first on Kosmo Digital.
