Auto Added by WPeMatico

GUA MUSANG – Kira-kira 80 peratus masyarakat Orang Asli di Kelantan masih berpegang teguh kepada adat, budaya dan kepercayaan mereka.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Kelantan, Rohaniza Abdullah berkata, mengikut kajian atau penyelidikan yang dilakukan pihaknya, komuniti Orang Asli amat berbangga dengan identiti dan warisan nenek moyang mereka.
Katanya, mereka juga sudah berani menggunakan platform media sosial untuk menonjolkan kelebihan dan kelainan seperti kesenian yang dimiliki ke hadapan.
“Masyarakat Orang Asli masih mengekalkan adat mereka kerana itu merupakan kekuatan dalam mempertahankan budaya dan identiti mereka yang masih diwarisi secara turun temurun.
“Mereka juga menggunakan media sosial untuk mempromosikan keunikan adat dan budaya mereka. Jika dilihat, kelebihan atau keunikan ini disesuaikan oleh golongan muda Orang Asli dengan zaman ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Penyemarakan Komuniti Budaya @ Komuniti Orang Asli di Pos Brooke di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim.
Dalam perkembangan lain, Rohaniza memberitahu, program kebudayaan yang berlangsung selama dua hari melibatkan komuniti Orang Asli di Pos Brooke bertujuan menonjolkan variasi keunikan budaya, persembahan, permainan dan makanan komuniti itu. – KOSMO! ONLINE
The post 80 peratus Orang Asli di Kelantan masih berpegang adat, budaya appeared first on Kosmo Digital.