Auto Added by WPeMatico

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melakukan pemindahan lima ekor gajah yang berjaya ditangkap di Kampung Lalang, Kuala Betis, di sini secara berperingkat sejak semalam.
Operasi bermula 24 Julai telah berjaya menangkap seekor gajah betina pada 27 julai dan empat ekor lagi pada 31 Julai.
Ketua Operasi Translokasi Gajah Liar Kampung Lalang, Mohamad Zainuddin Busrah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk pada 20 Julai lalu tentang gangguan gajah di penempatan terbabit.
Katanya, seekor gajah liar betina diberi nama ‘Mek Tie’ dan anaknya gajah jantan yang bernama ‘Anak Ouk’ berjaya dipindahkan dalam operasi bermula pukul 3 petang semalam.
“Hari ni, dua lagi gajah betina diberi nama ‘Mek Mas’ dan ‘Mek Leha’ anggaran usia 20 hingga 25 tahun berjaya dipindahkan ke habitat asal dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Cheri dan Rambai, manakala seekor lagi esok,” katanya selepas ditemui di Kampung Lalang, Kuala Betis, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Lima ‘abang besar’ Gua Musang dipindah berperingkat appeared first on Kosmo Digital.