Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Polis diaporkan sudah merakam percakapan empat individu bagi membantu siasatan penemuan janin dalam lori sampah di Bukit Jalil, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, hasil siasatan awal mendapati janin tersebut dianggarkan berusia 25 minggu.
“Pemeriksaan ke atas tubuh janin mendapati terdapat kecederaan di bahagian perut, tengkorak kepala pecah serta tali pusat turut putus,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pekerja syarikat pembersihan menjumpai objek yang dipercayai bayi ketika sedang memunggah sisa sampah di belakang lori, dalam keadaan menyerupai posisi fetus dan dipenuhi air buangan. – KOSMO! ONLINE
The post Penemuan janin 25 minggu, polis rakam percakapan 4 individu appeared first on Kosmo Digital.