Auto Added by WPeMatico

GEORGE TOWN – Pemuda yang tular selepas disyaki menceroboh rumah milik seorang pempengaruh media sosial di Batu Maung di sini semalam ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Penahanan reman ke atas suspek berusia 21 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun kerana menceroboh.
Terdahulu, suspek hadir ke mahkamah dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Semalam, media melaporkan tindakan licik seorang lelaki membawa padah apabila dia ditangkap oleh penghuni rumah berkenaan selepas berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal dipercayai selipar miliknya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang ketika pembantu rumah keluar membuang sampah.
”Namun, apabila menyedari kehadiran pengadu, suspek melarikan diri.
“Suspek kemudiannya dikatakan berpatah balik ke rumah berkenaan dipercayai untuk mengambil semula barang miliknya yang tertinggal, dan ketika itulah dia berjaya diberkas oleh pengadu bersama beberapa rakannya,” katanya di sini, malam tadi.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzodiazepine (Benzo) serta mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Lelaki ceroboh rumah Tiktokers direman 4 hari appeared first on Kosmo Digital.