Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Demak, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila menemui seekor ular tedung selar (king cobra) mengeram 25 biji telur di bawah rumah mereka, lapor laman berita Detik.
Ketua Bomba dan Penyelamat Demak, Endra Toga Perdana berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan sekitar pukul 12.35 tengah hari (waktu tempatan) mengenai kemunculan reptilia itu.
“Kami diberitahu oleh si isteri bahawa terdapat seekor ular di bawah dapur. Selepas diperiksa, kami menemukan satu lubang lalu menuangkan petrol untuk mengeluarkannya.
“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sarang ular di bawah lantai rumah. Selepas menuangkan petrol, lima anak ular keluar dari lubang,” kata Endra.
Selain anak ular, mereka turut menemukan 25 biji telur dan seekor induk.
Proses pemindahan berakhir sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) dan kesemua reptilia tersebut dibawa ke Pos Bomba Karangawen. – AGENSI
The post King Cobra eram 25 telur bawah rumah appeared first on Kosmo Digital.
