Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Sebanyak 21 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan secara haram pada 30 April lalu rosak teruk, termasuk sebuah disahkan karam dipercayai akibat sabotaj rejim Israel.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tiga kapal berjaya ditunda oleh kapal Open Arms dari Barcelona dalam keadaan rosak teruk, manakala 17 lagi masih berada di lautan dan dalam usaha untuk diselamatkan.
Katanya, sebuah kapal jenis Goleta turut disahkan karam dan dipercayai akibat sabotaj.
“SNCC mengecam pencabulan tahanan ke atas dua aktivis kemanusiaan yang juga jawatankuasa induk GSF iaitu Saif Abukeshek dan Thiago Avila.
“Kedua-duanya diculik dan ditahan lebih 96 jam di Penjara Shikma, Ashkelon,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim Israel.
Insiden tersebut berlaku ketika flotila menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika. – KOSMO! ONLINE
The post GSF 2.0: 21 kapal rosak, satu karam disyaki sabotaj Israel appeared first on Kosmo Digital.
