Auto Added by WPeMatico

![]()
SEOUL – Cuaca panas melampau pada musim panas di Korea Selatan mengorbankan 16 orang setakat ini, kata kementerian dalam negeri hari ini, ketika negara itu berdepan gelombang cuaca panas yang teruk.
Antara 15 Mei hingga kelmarin, seramai 2,025 orang menderita penyakit berkaitan haba, dengan 16 daripada mereka meninggal dunia, demikian menurut kenyataan kementerian sama.
Rekod suhu Korea Selatan dipecahkan sebanyak tiga kali sepanjang minggu lalu, dengan paras tertinggi sepanjang masa terbaharu mencatat bacaan 42.5 Celsius di bandar Yangsan kelmarin.
Keseluruhan Seoul berada di bawah amaran ‘gelombang haba teruk’ tahap tertinggi hari ini, dengan suhu diramalkan melonjak lagi menghampiri 40 Celsius.
“Haba melampau yang mengancam nyawa diramalkan,” kata agensi kaji cuaca dalam satu kenyataan hari ini. – AFP
The post Cuaca panas Korea Selatan ragut 16 nyawa appeared first on Kosmo Digital.
