Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri hingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan terlibat ialah Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Pantai Timur, kawasan terjejas di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu pula di Besut dan Hulu Terengganu.
“Pahang dijangka mengalami cuaca buruk membabitkan daerah (Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin),” katanya hari ini.
Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan MetMalaysia di beberapa kawasan di Selangor iaitu (Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban).
“Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, ribut petir landa 11 negeri malam ini appeared first on Kosmo Digital.