Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Suami kepada penyanyi dangdut era 80-an, Zaleha Hamid, 68, reda dengan pemergian isterinya akibat jangkitan kuman dalam paru-paru kira-kira pukul 8.30 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 60, berkata, isterinya sebelum ini pernah diserang angin ahmar sejak Disember 2019 dan jangkitan kuman baru-baru ini.
Katanya, dia dan anaknya bersilih ganti menjaga Allahyarhamah sepanjang tempoh itu dan tidak pernah meninggalkan isterinya bersendirian.
“Saya reda dengan pemergiannya, saya syukur Allah ambilnya dengan cara lembut. Biarlah dia berehat di negeri abadi di sisi Allah, lagipun dia sudah lama menderita sakit dan hanya terbaring di katil.
“Ketika tahap oksigen semakin lemah, saya sempat bisikan kalimah syahadah ke telinganya. Pada bacaan ketiga, dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Asma’ul Husna, Tampoi di sini hari ini.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, di sini, selepas solat Jumaat.-KOSMO! ONLINE
The post Saya reda dengan pemergiannya – Suami Zaleha appeared first on Kosmo Digital.