Auto Added by WPeMatico

KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Skuad Yayasan Pelajaran Mara (YPM) peringkat Kebangsaan sebagai sebuah inisiatif strategik dalam memperkasa belia menjadi ejen perubahan sosial, pendidikan dan pembangunan komuniti.
Pelancaran julung kali di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini turut disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Skuad YPM digerakkan sebagai platform untuk memperluas akses pendidikan berkualiti kepada pelajar luar bandar dan B40 disamping memupuk nilai kepimpinan, kesukarelawan, keusahawanan dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Seramai 18,400 orang pelajar daripada seluruh negara dijangka menggerakkan Skuad YPM untuk berbakti kepada masyarakat menerusi program-program yang dianjurkan.
Dalam pada itu Asyraf berkata, pelancaran Skuad YPM memjadi sejarah bermakna buat negara dalam memperkasakan pembangunan generasi muda.
Katanya, skuad YPM bukan sekadar pasukan sukarelawan tetapi simbol semangat anak muda Malaysia yang bersedia turun padang membantu masyarakat dan membawa perubahan secara langsung. – KOSMO! ONLINE.
The post Ahmad Zahid lancar Skuad Yayasan Pelajaran Mara appeared first on Kosmo Digital.