Auto Added by WPeMatico

LONDON – Bintang baharu Newcastle United, Nick Woltemade mula berperanan sebagai hero untuk mengeluarkan pasukan itu daripada terus dibayangi oleh Alexander Isak.
Kehadirannya membawa harapan besar untuk menggantikan tempat Isak dan yuran £69 juta (RM393.5 juta) yang dibayar oleh The Magpies akhirnya terbalas apabila Woltemade meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton di St James’ Park, kelmarin.
“Ia menjadi detik yang hebat buat Nick dan saya juga begitu gembira dengan cara dia bermain pada perlawanan ini. Kamu juga boleh lihat kualiti yang dia ada iaitu daripada segi teknikal dan kepintarannya.
“Tetapi, perkara paling penting bagi seorang penyerang adalah untuk berada dalam kawasan penalti lawan dan dia berjaya melakukannya. Saya gembira kerana dia akan menjadikannya lebih tenang dan beri kelegaan buatnya.
“Dia adalah pemain yang merendah diri dan sentiasa mahu pamerkan aksi terbaik. Jadi, saya juga fikir ini adalah permulaan bagus buatnya,” kata Howe.
Sepanjang perlawanan, Newcastle United belum berada pada tahap terbaik, namun barisan tengah pasukan yang diketuai Sandro Tonali tidak pernah jemu mencipta sesuatu dan Howe menjelaskan tiga mata kali ini cukup penting sebelum alih perhatian ke Liga Juara-Juara.
“Kami perlu memenangi perlawanan kali ini. Sebagai pelatih, saya tidak boleh meletakkan tuntutan (tambahan) kepada pasukan kerana saya fikir ia tidak membantu. Pemain tahu mereka perlu bekerja dan mereka sudah pun tunjukkan aksi berkualiti,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Newcastle sudah ada hero baharu appeared first on Kosmo Digital.