Auto Added by WPeMatico

KYIV – Presiden Volodymyr Zelensky menegaskan bahawa Ukraine akan menolak sebarang cadangan Russia berhubung penyerahan wilayah Donbas sebagai pertukaran untuk perjanjian gencatan senjata, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata semalam bahawa sebarang perjanjian damai akan melibatkan ‘pertukaran wilayah’.
Salah satu tuntutan Presiden Russia, Vladimir Putin dipercayai adalah Kyiv menyerahkan bahagian Donbas yang masih dikuasainya.
Donbas yang terdiri daripada wilayah timur Luhansk dan Donetsk, sebahagiannya diduduki oleh Russia sejak 2014.
Moscow kini menguasai hampir keseluruhan Luhansk dan kira-kira 70 peratus Donetsk.
Bercakap kepada pemberita semalam, Zelensky menegaskan semula bahawa Ukraine akan menolak sebarang cadangan untuk menyerahkan Donbas.
“Jika kami berundur dari Donbas hari ini, kubu kami dan tanah kami, ia dengan jelas akan membuka laluan untuk Russia menyerang,” katanya.
Zelensky sebelum ini menegaskan bahawa rakyat Ukraine tidak akan memberi tanah mereka kepada penjajah, serta menyebut mengenai perlembagaan negara yang memerlukan referendum sebelum perubahan dalam wilayahnya. – AGENSI
The post Zelensky tidak akan sesekali serahkan wilayah Ukraine appeared first on Kosmo Digital.