Auto Added by WPeMatico

![]()
NILAI – Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh keluar secara tiba-tiba dari sebuah kereta dipandu teman wanitanya menemui ajal ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3 petang pada Isnin lalu di Jalan Seremban-Nilai menghala ke Nilai, berhampiran Taman Kirby, Batu 9, Labu di sini.
Johari berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa mangsa berada di dalam sebuah kereta yang dipandu wanita tersebut.
“Ketika dalam perjalanan, berlaku perbincangan sebelum mangsa dipercayai bertindak keluar dari kenderaan tersebut secara tiba-tiba.
“Mangsa tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dan telah dibawa ke HTJ Seremban akibat kecederaan di kepala dan lutut sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari semalam oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Maut terjatuh ketika kereta bergerak appeared first on Kosmo Digital.