Auto Added by WPeMatico

RANTAU PANJANG – Bapa kepada penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, mahu anaknya berehat buat seketika daripada bidang nyanyian selepas dibebaskan daripada tahanan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand.
Wan Ismail Wan Yusof, 52, berkata, dia berharap Eda Ezrin dapat bertenang terlebih dahulu sebaik sahaja masuk ke negara ini tidak lama lagi.
“Bagi saya, Eda Ezrin perlu berehat dulu seketika daripada menyanyi. Saya mahu dia bertenang kerana dia baru sahaja dibebaskan.
“Komposer lagu Bea Soba Bea, Eddie Hamid ada menghubungi saya baru-baru ini. Saya juga sudah maklumkan biar Eda Ezren bertenang dulu. Jika mahu bertemu mata dengan Eda Ezrin selepas dia dibebaskan tiada masalah,”
katanya ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Bapa mahu Eda Ezrin berehat seketika daripada menyanyi appeared first on Kosmo Digital.