Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah”.
Kata-kata ringkas namun penuh makna itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Dalam hantaran tersebut turut dimuat naik sekeping gambar memaparkan isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sedang jalan bersebelahan sambil tangan merangkul kemas bahagian belakang Anwar.
Ungkapan itu, walaupun pendek, sarat dengan emosi dan kasih sayang yang mendalam sekali gus menggambarkan keutuhan hubungan pasangan yang telah bersama melalui suka dan duka lebih empat dekad lamanya.
Hantaran itu dimuat naik ketika Anwar yang berusia 78 tahun itu dilaporkan kurang sihat baru-baru ini akibat sakit belakang yang mengehadkan pergerakannya.
Beliau juga terpaksa membatalkan lawatannya ke Pahang kelmarin pada saat-saat akhir hari selepas menerima nasihat perubatan untuk berehat.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen hantaran Anwar mendapati rata-rata orang ramai mendoakan pasangan tersebut serta berharap Perdana Menteri kembali kuat serta pulih untuk bekerja semula.
“Kak Wan dari dulu sampai sekarang setia dengan PMX. Pasangan sampai ke syurga insya Allah,” komen Mokhtar Latiff.
“Setiap kehebatan lelaki ada wanita yang mendukung di belakangnya. Semoga PMX terus sihat walafiat,” komen Shah Hussein.
“Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik buat pasangan ni, dalam lindungan Allah sentiasa,” komen Izan pula. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Di setiap langkah, ada tangan memastikan saya tidak sendirian’ appeared first on Kosmo Digital.