Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Arsenal sedia mencuba nasib untuk mendapatkan khidmat penggempur Chelsea, Joao Pedro bagi menambah kekuatan jentera serangan mereka untuk menghadapi musim depan.
Misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris menjadi faktor utama kepada keghairahan The Gunners yang turut dilaporkan sedia membayar £86 juta (RM473.5 juta) untuk mendapatkan bintang dari Brazil berkenaan.
Khabar ini menyerlahkan usaha pengurus pasukan, Mikel Arteta untuk perkukuhkan barisan depan selepas hampir pasti memuktamadkan perjanjian £80 juta (RM440.4 juta) untuk mendapatkan Bruno Guimaraes dari Newcastle United.
Selain terpaksa bersaing dengan Barcelona, halangan utama ketika ini pastinya adalah usaha untuk memujuk pengurusan Chelsea melepaskan Pedro yang dilabel sebagai pemain kesayangan di Stamford Bridge.
Malah, The Gunners yang bergelar naib juara Liga Juara-Juara, musim lalu dilaporkan berminat untuk membawa seorang lagi bintang Brazil, Vinicius Junior dari Real Madrid.
Ketika ini, Arsenal sudah pun membawa masuk dua pemain baharu, Christos Tzolis dan Illan Meslier, malah turut mengaktifkan klausa perjanjian kekal Piero Hincapie.
Sebelum ini, hasrat Arsenal untuk mendapatkan Julian Alvarez dari Atletico Madrid hampir pasti tidak menjadi kenyataan selepas kelab Sepanyol itu menuntut bayaran £100 juta(RM550.6 juta). – AGENSI
The post Arsenal ‘goncang’ pendirian Chelsea appeared first on Kosmo Digital.
