Auto Added by WPeMatico

ALOR SETAR – Kedah FA berdepan cabaran membentuk keserasian dalam pasukan menjelang aksi sulung Liga A1 Semi Pro menentang Perlis GSA FC di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, malam ini.
Mengurut pengendalinya, Victor Andrag tiga pemain import baharu sahaja bersama skuad kurang 10 hari dan kini dia sedang berusaha keras bagi memastikan pemain mampu membina keserasian dengan baik.
“Pemain import bersama pasukan belum sampai 10 hari, ada yang baru tiba beberapa hari lepas. Jadi memang banyak perkara perlu diperbaiki dari segi keserasian dan pemahaman taktikal,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.
Musim ini, Kedah FA diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain import iaitu Pape Abdoulaye Diakite dari Senegal yang beraksi sebagai bek tengah, penyerang dari Nigeria, Adam Azeez Arisekola dan bekas pemain tengah Sri Pahang, Yakubu Abubakar dari Ghana.
Victor tetap yakin dengan kemampuan barisan pemainnya untuk memberikan aksi bertenaga menentang Perlis GSA FC yang disifatkan bukan lawan mudah, biarpun berstatus pasukan baharu.
“Perlawanan pertama sangat penting sebagai langkah awal musim ini. Kemenangan akan beri suntikan semangat kepada pemain dan penyokong.
“Perlis GSA pula juara Liga A2 dan bermain di gelanggang sendiri. Jadi kita perlu lebih fokus dan bekerja keras,” katanya. KOSMO! ONLINE
The post Keserasian trio import Kedah FA jadi cabaran appeared first on Kosmo Digital.