Auto Added by WPeMatico

KANGAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini sebulat suara meluluskan usul khas yang mengecam kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri menzahirkan pendirian tegas membantah kezaliman dan penindasan berterusan yang dilakukan Israel sehingga meragut puluhan ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
“Ini bukan semata-mata konflik ketenteraan tetapi jenayah kemanusiaan dan bentuk penjajahan sistematik terhadap rakyat Palestin yang hanya mahu hidup bebas dan bermaruah di tanah air sendiri,” katanya ketika membentangkan usul tersebut pada persidangan DUN Perlis di sini hari ini.
Menurutnya, DUN Perlis turut menggesa Kerajaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta masyarakat antarabangsa agar mengambil tindakan tegas melalui saluran diplomatik dan platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Usul tersebut disokong oleh Muhammad Azmir Azizan (PN-Santan) serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis meluluskan usul tersebut tanpa dibahaskan. – KOSMO! ONLINE
The post DUN Perlis lulus usul kecam kekejaman Israel appeared first on Kosmo Digital.