Auto Added by WPeMatico

STUTTGART – Pengendali Perancis, Didier Deschamps mengakui kecewa apabila pasukan gagal menempah slot ke pentas final Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas tewas 4-5 kepada Sepanyol dalam aksi separuh akhir awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, misi skuad Les Bleus untuk merampas gelaran UNL selepas menang edisi 2021 tidak kesampaian meskipun cuba untuk bangkit selepas ketinggalan 1-5 dengan menjaringkan tiga gol pada 10 minit terakhir.
Kata Deschamps, banyak perkara yang boleh dipelajari oleh pemain dengan pasukan kini dalam fasa pulihkan semula pengaruh di peringkat antarabangsa selepas pulang ‘kosong’ dalam beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini.
“Perasaan saya bercampur baur kerana kita telah dibolosi banyak gol, tetapi saya tidak mahu menyalahkan benteng pertahanan kami. Cuma, saya puji pada penghujung saingan kita berjaya memberi kesukaran kepada mereka.
“Secara peribadi, kita telah menunjukkan peningkatan besar berbanding ketika tewas pada aksi separuh akhir kepada Sepanyol dalam saingan Euro tahun lalu, tetapi saya harap kita dapat tampil lebih konsisten selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Deschamps membidas kritikan yang dilemparkan dengan mendakwa meletakkan Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele di posisi yang berbeza berbanding di peringkat kelab.
“Saya sudah katakan sebelum ini Mbappe adalah penyerang utama kami. Dembele mungkin bermain sebagai penyerang bersama Paris Saint-Germain (PSG), tetapi tiada masalah untuk beri kebebasan buatnya di atas padang,” katanya. – AGENSI
The post UNL: Misi Perancis pulihkan imej lebur appeared first on Kosmo Digital.