Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – “Arwah Sheqal sangat baik, dia suka mendoakan orang lain dan mempunyai bakat unik dalam bidang seni. Itu yang diungkapkan penyanyi, Datuk Nash, Nashrudin Elias, 66, yang juga rakan artis seangkatan dengan arwah pada era 80-an.
Menurut Nash, beliau telah mengenali arwah Sheqal atau Shaharim Salehuddin sejak 40 tahun lalu.
“Kami berkawan baik tetapi sudah lama tidak berjumpa apabila masing-masing telah meningkat usia.
“Pemergian Sheqal dianggap satu kehilangan besar dalam industri tanah air memandangkan arwah mempunyai bakat unik bukan sahaja menyanyi tetapi kepakaran menjahit beg dan kasut kulit serta seni lukis abstrak, siapa yang dapat karyanya sangat beruntung,” katanya ketika ditemui di Masjid Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini hari ini.
Nash berkata, sepanjang arwah Sheqal sakit beliau pernah berhubung dan menyampaikan bantuan menerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT)
“Malah, Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave sempat menyaksikan arwah Sheqal menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. Saya datang lambat sedikit ke hospital kerana jalan sesak,” katanya.-KOSMO! ONLINE
The post Sheqal sangat baik suka mendoakan orang lain – Datuk Nash appeared first on Kosmo Digital.