Auto Added by WPeMatico

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz kurang berpuas hati biar pun pasukannya berpesta gol ketika membelasah UM-Damansara United 5-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala FA kelmarin.
Menurut jurulatih kelahiran Sepanyol itu, corak permainan bertahan yang ditunjukkan pasukan lawan menyukarkan pergerakan pemainnya dalam melakukan serangan ke arah kubu lawan.
Bagaimanapun, Munoz mengakui pemain berhasil melakukan percubaan, namun sentuhan penyudah yang kurang tajam menyaksikan JDT terpaksa menunggu sehingga minit-minit terakhir babak pertama untuk memecahkan kebuntuan.
“Apabila kami berjaya memecahkan kebuntuan di babak pertama, permainan menjadi sedikit terbuka pada babak kedua dan kami mula mendapat rentak dan beraksi dengan lebih baik.
“Seharusnya, kami bermain lebih agresif pada awal permainan dengan corak taktikal berintensiti tinggi, namun pemain dilihat seolah-olah hilang punca dan bergelut untuk beraksi seperti yang diterapkan.
“Gaya persembahan pemain lebih tersusun pada babak kedua dan hasilnya kita berjaya meletakkan jurang antara kedua pasukan apabila menjaringkan empat gol,” katanya selepas perlawanan.
Mengulas mengenai persembahan pasukan selepas tiga perlawanan, Munoz melihat masih ada perkara yang perlu ditingkatkan lagi dan yakin skuad Harimau Selatan mampu beraksi dengan lebih baik lagi.
“Memandangkan JDT dibarisi ramai pemain baharu, kelicinan pergerakan itu masih belum berada di tahap optimum, jadi ini perlu diperkasakan selain mempertingkat kemahiran masing-masing,” katanya.
The post Piala FA: JDT hampir pasti ke suku akhir appeared first on Kosmo Digital.