Auto Added by WPeMatico

![]()
ROME – Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) tidak menunggu lama untuk mencari ketua jurulatih baharu apabila mula melakukan perbincangan awal dengan Roberto Mancini untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gennaro Gattuso.
Sebagai rekod, krisis bola sepak di Itali semakin dahsyat susulan kegagalan pasukan melayakkan diri secara merit ke pentas Piala Dunia 2026 selepas Gattuso meletakkan jawatan serta-merta, awal pagi semalam.
Keputusan itu hadir seiring peletakan jawatan Presiden FIGC, Gabriele Gravina serta ketua delegasi, Gianluigi Buffon awal minggu ini sekali gus menandakan rombakan besar sedang berlaku dalam struktur bola sepak Itali.
Menurut laporan, Mancini yang sedang mengendalikan kelab Qatar, Al Sadd itu sedia kembali mengemudi skuad The Azzurri, tetapi dengan syarat, Giovanni Malago dilantik sebagai Presiden baharu FIGC bagi menggantikan Gravini.
Mancini bukan nama asing buat Itali selepas pernah mencipta kejayaan menjulang UEFA edisi 2020 ketika menjadi pengendali bermula tahun 2018 hingga 2023.
Namun, beliau meninggalkan pasukan secara mengejut sebelum kempen kelayakan Euro 2024 bermula dan digantikan dengan Luciano Spalletti.
Sementara itu, Gattuso mengakui keputusan untuk berundur dibuat dengan hati yang berat selepas gagal mencapai sasaran ke Piala Dunia selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Bosnia.
“Jersi Azzurri adalah simbol paling berharga. Saya gembira dengan peluang membimbing pasukan ini tetapi sekarang adalah masa untuk buka lembaran baharu,” katanya. – AGENSI
The post Mancini beri syarat sukar kemudi Itali appeared first on Kosmo Digital.
