Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Peninju muda negara, Miki Ghazali secara berseloroh mengakui dirinya lebih hebat dan kacak jika dibandingkan dengan abangnya Jojo Ghazali.
Melalui satu klip video yang diambil melalui satu sidang akhbar siri perlawanan baru-baru ini, ketika ditanya media mengenai dakwaan netizen menyatakan Miki lebih hebat daripada abangnya, atlet tersebut hanya mengiyakan soalan terbabit.
“Ya, saya lebih hebat daripada abang saya Johan (Jojo). Kalau handsome (kacak) pun saya lebih handsome daripada dia,” jawabnya berseloroh.
Terdahulu, Mikail Ghazali atau lebih dikenali sebagai Miki, 16, mencipta sensasi apabila menundukkan petinju berpengalaman dari Indonesia, Mikel Sleman, 32, dalam kategori flyweight pada Twins Championship 102 di Stadium Negeri Sembilan Arena, baru-baru ini.
Sementara, abangnya Johan Ghazali, 18, berjaya menumbangkan lawannya dari Morocco Zakaria El Jamari dalan petarungan ONE Fight Night 35 di Bangkok, Thailand pada Sabtu lalu.
Dalam perlawanan tersebut, Jojo berjaya menumbangkan pesaing berpengalaman itu secara TKO dalam tempoh tidak sampai dua minit.- KOSMO! ONLINE.
The post [VIDEO] Miki akui lebih hebat, kacak dari abangnya Jojo Ghazali appeared first on Kosmo Digital.