Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Justeru, beliau memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terkasar bahasa, tersilap kata atau terdapat sebarang kekurangan sepanjang perkenalan dengannya.
“Malam tadi saya dikelilingi insan-insan tersayang dan sahabat handai dalam majlis doa selamat sebelum perjalanan ke Tanah Suci.
“Saya memohon kemaafan kepada semua yang membaca coretan ini andai ada terkasar bahasa, tersilap kata atau apa-apa kekurangan,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Tengku Zafrul turut berterima kasih kepada semua pihak atas ingatan dan doa tulus ikhlas kepadanya selain meminta mendoakan perjalanan dan ibadah di sana kelak dipermudahkan.
“Semoga diterima dan dikurniakan haji yang mabrur. Insya-Allah, saya akan manfaatkan setiap detik di sana. Doakan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Tengku Zafrul akan berangkat tunai haji appeared first on Kosmo Digital.