Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Pengerusi Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK), Nik Hafiz Naim Nik Hassan dengan rasminya melepaskan semua pemilikan dan jawatan selaku Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) berkuat kuasa serta merta.
Nik Hafiz Naim turut mengakui keputusan drastik yang diambilnya itu turut berkait dengan isu sekatan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dibangkitkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Menurutnya, apabila berlaku kes tersebut, banyak isu-isu dibincangkan dalam media sosial termasuk berkaitan dirinya selaku pemegang saham dalam The Red Warriors (TRW) sehingga ia terpalit kepada kelab KRW FC.
“Saya dengan ini mengundur diri untuk meredakan kes tersebut, juga sebagai pemudah cara untuk KRW FC bermain semula di Liga A1 Semi Pro.
“Dengan ini saya umumkan KRW FC kini menjadi milikan Nasken Coffee melalui ambil alih korporat dengan 100 peratus pegangan saham,” katanya pada sidang akhbar khas, hari ini.
Katanya, kehadiran Nasken Coffee boleh dianggap sebagai penyelamat kepada KRW FC berikutan ia sebuah syarikat besar yang mempunyai kemampuan untuk membawa kelab dan pasukan berkenaan mengaharungi Liga A1 Semi Pro musim ini dan pada musim-musim seterusnya. – KOSMO! ONLINE
The post Presiden KRW FC letak jawatan appeared first on Kosmo Digital.