Auto Added by WPeMatico


PUTRAJAYA – Bekas Ahli Parlimen Tronoh Paul Yong Choo Kiong telah memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lapan tahun serta sebatan yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan merogol pembantu rumah.
Perkara itu disahkan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Paul Yong selaku pemohon ketika dihubungi media di sini hari ini.
Menurut peguam itu, permohonan semakan tersebut telah difailkan pada minggu lalu.
Berdasarkan dokumen, notis usul yang difailkan itu mengikut Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 itu memohon semakan serta perintah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap anak guamnya.
Pada 1 Oktober lalu, Paul Yong kekal menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan dua sebatan kerana merogol pembantu rumahnya, oleh Mahkamah Persekutuan di sini.
Keputusan sebulat suara itu, dibuat panel tiga hakim diketuai yang Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh selepas menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman kerana kesalahan itu.
Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah turut mengekalkan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan pada 1 Mac tahun lalu.
Hakim, Wan Ahmad Farid ketika membaca penghakimannya, berkata, mahkamah mendapati sabitan terhadap perayu ialah selamat selain hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan ialah bersesuaian.
Katanya, terdapat kejadian rogol dan tanpa persetujuan mangsa dan ia dibuktikan tanpa keraguan munasabah.
Panel berpendapat isu ketiadaan asid deoksiribonukleik (DNA) perayu ditemui pada mop yang digunakan untuk mengemop air mani dalam bilik tersebut, panel berpendapat bukti DNA hanya bersifat menyokong dan tidak akan menjejaskan kes pendakwaan untuk membuktikan unsur-unsur kesalahan rogol di luar keraguan munasabah.-KOSMO! ONLINE.
The post Noda amah: Paul Yong fail semakan keputusan Mahkamah Persekutuan appeared first on Kosmo Digital.
 
