Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu selaras dengan hala tuju baharu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 25 Julai lalu.
“Hala tuju ini membuka ruang kepada syarikat penyedia perkhidmatan untuk berunding dan menjalinkan kerjasama secara perniagaan ke perniagaan (B2B) dengan 33 syarikat konsesi lebuh raya bertol sedia ada, bagi merealisasikan pelaksanaan sistem MLFF.
“Pelaksanaan MLFF kini berada pada fasa ujian melalui projek Proof of Concept (PoC) yang sedang dilaksanakan oleh PNB Prolintas bersama Touch ‘n Go dan CIMB di Plaza Tol Alam Impian, Lebuh Raya Kemuning–Shah Alam.
“Mereka telah memasang gantri dan peralatan berkaitan bagi mencuba pelaksanaan MLFF di lokasi berkenaan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN–Setiu) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan sistem MLFF serta penambahbaikan sistem seperti Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)bagi memastikan keberkesanan inisiatif tersebut,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE.
The post Tol tanpa palang, tidak libat implikasi kewangan kerajaan appeared first on Kosmo Digital.