Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Perjalanan dari Plaza Tol Gombak ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah yang lazimnya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit, hari ini memperuntukan sekitar sejam akibat kesesakan yang berlaku.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan yang ingin pulang ke kampung atau pergi bercuti sempena cuti hujung minggu dan sambutan Hari Wesak pada Isnin depan.
Seorang pengguna Facebook, Ali Hazzan memuat naik hantaran memaklumkan dia terperangkap dalam kesesakan hampir sejam untuk sampai di R&R Genting Sempah.
“Macam biasa, pantang cuti panjang orang Pantai Timur akan balik dulu. Nak masuk tol dah jem, dekat sejam baru sampai R&R Genting Sempah,” kongsinya.
Menerusi laporan trafik di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan perlahan melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah setakat pukul 2.51 petang tadi.
Sementara itu, LLM turut berkongsi aliran trafik di beberapa lebuh raya utama yang dilaporkan perlahan termasuklah melibatkan laluan ke utara, selatan serta sekitar Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE
The post Sejam perjalanan Plaza Tol Gombak ke R&R Genting Sempah appeared first on Kosmo Digital.