Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini telah memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan lepas dan bebas bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.
AGC dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan rayuan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Muhammed Yusoff bagi pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan.
Kedua-dua pertuduhan itu masing-masing mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.
“Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut, Jabatan ini telah memfailkan Notis Rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut pada hari ini,” katanya.
Pada 12 Jun lalu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff, 32, atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
Hakim Muhammad Jamil memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Muhammed Yusoff diakhir kes pendakwaan. – KOSMO! ONLINE!
The post AGC rayu keputusan lepas, bebas Yusoff Rawther appeared first on Kosmo Digital.