Auto Added by WPeMatico

RAWANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membongkar kegiatan penjualan sabun pencuci pakaian disyaki tiruan dalam serbuan di sebuah kilang, di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor Mohd. Hanizam Kechek berkat, serbuan bermula pukul 2 petang itu dijalankan susulan risikan selama dua minggu terhadap premis berkenaan dipercayai menjadi pusat penyimpanan barangan tiruan.
“Hasil pemeriksaan mendapati sabun pencuci itu menggunakan label jenama terkenal tanpa kebenaran.
“Sebanyak 2,120 botol sabun pencuci pakaian disyaki tiruan dirampas yang dianggarkan berjumlah RM29,680,” katanya kepada pemberita selepas operasi di sini, hari ini.
Mohd. Hanizam berkata, produk berkenaan dipercayai disasarkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan dijual pada harga lebih rendah berbanding produk asli.
Katanya, premis kilang berkenaan dipercayai telah beroperasi selama lapan bulan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 102(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan semua barangan rampasan akan dibawa ke stor KPDN bagi siasatan lanjut.
“Pemilik premis akan dipanggil bagi membantu siasatan. Pihak pemilik jenama asal juga akan bekerjasama dengan KPDN,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Kilang sabun pencuci tiruan digempur KPDN appeared first on Kosmo Digital.