Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Dua timbalan menteri ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd Nor kerana berbual semasa sidang Dewan Rakyat.
Ramli berkata, Ahli Parlimen termasuk Timbalan Menteri sepatutnya mendengar jawapan lisan oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ada yang nak dimesyuaratkan dalam dewan ini.
“Rasa dalam Kabinet dah puaskan (bermesyuarat). Jadi berilah perhatian menteri sedang menjawab. Ambil maklumlah ya,” katanya.
Beliau membuat teguran itu kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Berilah perhatian menteri sedang menjawab’ appeared first on Kosmo Digital.