Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Lain kali baca buku sejarah dan faham betul-betul, bukan hanya buka WhatsApp dan percaya bulat-bulat”
Demikian sindiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh terhadap bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew.
Ia berikutan satu perkongsian di Facebook Ronnie Liu mendakwa Tanah Melayu disebut Barr Chin (Tanah China) dalam peta Arab lama.
Muhamad Akmal berkata, kerajaan kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan sejak tahun 1400 dan Portugis menjajah Melaka pada 1511.
“Maknanya pada 1400 telah wujudnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Peta kamu dapat dari sumber WhatsApp dikatakan peta kurun ke-17.
“Mana mungkin peta itu benar jika sejarah membuktikan Kesultanan Melayu Melaka wujud sebelum kurun ke-17,” katanya di Facebook hari ini.
Muhamad Akmal berkata, gugusan pulau termasuk Semenanjung Tanah Melayu dulu dikenali sebagai Malay Archipelago, bukan Bar Chin.
“Kalau tak pandai membaca, saya boleh buat kelas membaca untuk kamu. Baca,faham dan hadam,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Barr Chin – Dr. Muhamad Akmal appeared first on Kosmo Digital.