Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) masih berhutang tunggakan gaji pemain pasukan itu sebanyak empat bulan bagi saingan Liga Super musim 2024/2025.
Presidennya, Rozi Muhamad berkata, pasukan itu mempunyai tunggakan keseluruhan sebanyak tujuh bulan gaji pemain pada musim lalu.
Menurutnya, setakat ini, KDN FC sudah menyelesaikan tiga bulan tunggakan gaji pemain sejak Februari lalu.
“Kita akan membayar tunggakan bulan keempat kepada pemain pada minggu depan. Insya-Allah, kita akan menyelesaikan semua tunggakan gaji pemain dalam masa terdekat bagi membolehkan KDN FC dapat beraksi dalam saingan Liga Super pada musim depan.
“Saya ingin tegaskan bahawa KDN FC mempunyai tunggakan gaji pemain maksimum sebanyak tujuh bulan dan bukannya lapan bulan seperti yang dikhabarkan melalui sosial media,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC di sebuah hotel di sini hari ini.
Pada majlis itu, Datuk Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah turut diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDN FC yang baharu.
Mengulas lanjut, Rozi memberitahu, setakat ini, pihak KDN FC telah melakukan beberapa pelan tindakan dalam untuk membayar tunggakan gaji pemain kelab tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, hidup barisan pemain dan kejurulatihan pasukan KDN FC semakin terhimpit apa sudah lima bulan tidak menerima gaji.
Menurut sumber, tunggakan itu bermula dari September 2024 sehingga Januari tahun ini, sekali gus menyumbang kepada kemerosotan prestasi pasukan yang kini berada di tangga tercorot Liga Super.
Katanya, situasi tersebut menyebabkan ada dalam kalangan pemain terpaksa mengeluarkan semua wang simpanan selain terpaksa menebalkan muka meminjam wang untuk meneruskan kelangsungan hidup. – KOSMO! ONLINE
The post KDN FC bayar 3 bulan gaji pemain, masih ada 4 bulan tertunggak appeared first on Kosmo Digital.