Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Semua cabang parti PKR khususnya di Johor diingatkan untuk menggerakkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan sebagai ketua cabang mahupun ketua wanita atau Pemuda bukan jaminan akan terpilih sebagai calon pada PRU.
Beliau menegaskan tidak akan menandatangani mememoradum selagi kekuatan cabang belum cukup kemas berdepan PRU.
“Tak ‘perform’ di cabang, jangan buat tuntutan. Kita banyak pengalaman yang merajuk, nak bantah, nak keluar, isu semua kita sudah lalui, yang jadi tunggaknya dan keputusan akhir adalah kekuatan sokongan.
“Bila nak PRU, bicaranya hebat, teorinya banyak, strateginya canggih tapi kekuatan bawah gambar. Justeru, diingatkan supaya gerakkan kekuatan parti.
“Ketua cabang bukan calon automatik calon, ketua wanita, ketua pemuda juga bukan, tapi yang automatik jadi calon itu, mereka bekerja, berdedikasi dan mampu menangkan parti,” katanya ketika berucap Konvensyen Keadilan Johor di Ekoflora di sini hari ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu mengingatkan semua Ahli parti agar tidak terlalu selesa setelah menjadi kerajaan sebaliknya terus kuat memperkukuh sokongan parti.
Justeru, katanya, setiap ahli perlu tunjuk keihklasan dan komitmen kerja yang tinggi dalam membina kekuatan khususnya di peringkat akar umbi.
“Kita perlu ingat, bukan mudah untuk berada di kedudukan pada hari ini. Parti ini penuh dengan perjuangan, kalau mahu pertahankan kedudukan, kita perlu tunjuk contoh yang baik.
“Ini kerana kita belum ada kekuatan untuk putuskan semua perkara. Jadi, kita perlu persiapkan diri sebelum tibanya pilihan raya,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
The post Ketua Cabang, Wanita atau Pemuda belum tentu terpilih jadi calon – Anwar appeared first on Kosmo Digital.
