Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan yang juga saksi penting kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang cedera selepas diserang sekumpulan individu di kediamannya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.10 pagi.
“Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan di bahagian mulut dan pergelangan tangan, manakala dua pengawal keselamatan yang bertugas di kediaman tersebut turut diikat oleh kumpulan penyerang berkenaan.
Ahli perniagaan itu dipercayai merupakan saksi pendakwaan utama dalam perbicaraan kes berprofil tinggi berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Saksi penting kes rasuah terowong dasar laut diserang di rumah appeared first on Kosmo Digital.