Auto Added by WPeMatico

![]()
HANOI – Pengerusi Vingroup, Pham Nhat Vuong mengatasi taikun Indonesia, Prajogo Pangestu untuk menjadi orang terkaya di Asia Tenggara, dengan nilai kekayaan bersih AS$24.5 bilion (RM98.7 bilion) demikian menurut Forbes.
Setakat semalam, Forbes meletakkan Vuong di tangga ke-100 dalam senarai kekayaan globalnya, manakala Pangestu pula berada di tangga ke-138.
Dalam tempoh tiga bulan yang lalu, kekayaan Pangestu menjunam daripada lebih AS$44 bilion (RM177.3 bilion) kepada AS$18.6 bilion (RM74.9 bilion).
Ini terutamanya disebabkan oleh kejatuhan 60 peratus saham syarikatnya Barito Pacific, selepas Jakarta mempersoalkan ketelusan pasaran saham tempatan dan nilai sebenar saham syarikat-syarikat korporat terbesar di Indonesia pada Januari lepas.
Sejak awal 2026, kekayaan Vuong yang mencapai kemuncak tertinggi tahun lepas berkurangan hampir AS$4 bilion (RM16.1 bilion) susulan kejatuhan saham Vingroup.
Vuong diiktiraf oleh Forbes sebagai bilionair Vietnam yang pertama pada 2013, yang mana beliau mempunyai kekayaan bersih AS$1.5 bilion (RM6 bilion) dan berada di tangga ke-974 global.
Selepas 12 tahun, kekayaannya meningkat lebih 16 kali ganda. – AGENSI
The post Pham Vuong orang terkaya Asia Tenggara, atasi Prajogo Pangestu appeared first on Kosmo Digital.
