Auto Added by WPeMatico

![]()
BALING – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada pokok semambu berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md. Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.
“Mangsa berusia 34 tahun disyaki telah pergi ke sebelah kiri rumahnya dan memanjat pokok semambu sebelum ditemui dalam keadaan tergantung pada ketinggian kira-kira 4.57 meter,” katanya. Menurutnya, mangsa yang baru dua hari mendirikan rumah tangga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
”Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki baru dua hari kahwin ditemui maut appeared first on Kosmo Digital.