Auto Added by WPeMatico

![]()
BAGAN SERAI – Seorang lelaki ditemukan maut di dalam parit selepas tercampak dari keretanya yang terbabas dalam kejadian di Jalan Besar di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.30 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbabas di bahu jalan. Terdapat seorang lelaki berusia 30 tahun tercampak ke dalam parit.
“Pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan operasi bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.47 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Kereta terbabas, lelaki maut tercampak ke dalam parit appeared first on Kosmo Digital.
