Auto Added by WPeMatico

![]()
KANGAR – Penduduk mendakwa kejadian banjir di Perlis pada tahun ini merupakan yang paling buruk dialaminya sejak kejadian bah besar pada tahun 2010 dan 2005.
Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) Tebing Tinggi, Azmi Hashim berkata, rumahnya dinaiki air sekitar pukul 8.30 malam semalam sehingga memaksa keluarganya berjaga sepanjang malam.
“Kami berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas paras air naik hingga ke paras paha. Air naik sangat pantas, tak sempat nak selamatkan banyak barang.
“Selepas projek tebatan Lencongan Banjir Barat siap memang berlaku banjir namun memang tak seteruk ini. Banjir kali ini adalah yang terburuk selain yang berlaku pada 2005 dan 2010,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Warisan.
Menurutnya, dia bersama enam ahli keluarga yang tinggal di situ sejak 26 tahun lalu dan pernah berdepan dengan lapan kali banjir. Namun hanya bertahan sehingga pukul 3 pagi tadi sebelum berpindah ke sini kerana bimbang keadaan bertambah buruk.
Tambahnya, terdapat sedikit kerisauan kerana memikirkan anak perempuannya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia namun mendoakan segalanya berjalan lancar.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk kampung tersebut, Yazid Mohd. Noor, 55, turut mengakui bahawa banjir kali ini yang terburuk berlaku selepas siap projek tebatan banjir LBB. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Banjir terburuk sejak 2010’ appeared first on Kosmo Digital.