Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah meluncurkan Pelan Strategik JKR 2026-2030, Sistem IM-Strategic dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JKR 2026-2030, hari ini.
Ketiga-tiga sistem berkenaan akan menjadi teras kepada hala tuju jabatan tersebut bagi tempoh lima tahun akan datang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berkata, Pelan Strategik JKR 2026-2030 adalah dokumen utama yang memperincikan perancangan strategik jabatan.
“Pelan ini memfokuskan pemerkasaan keupayaan JKR Malaysia dalam memimpin kepakaran teknikal, transformasi digital sektor pembinaan.
“Ia dirangka sejajar dengan aspirasi kerajaan melalui pelbagai dasar dan kerangka pembangunan negara termasuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Pelan Strategik JKR 2026-2030, Sistem IM-Strategic dan Pelan Antirasuah Organisasi JKR 2026-2030, di sini hari ini.
IM-Strategic menurutnya, bertindak untuk memantau dan mengukur pencapaian pengurusan strategik secara dalam talian dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan Pelan Strategik JKR 2026-2030.
Sementara OACP beliau berkata, telah diperbaharui dengan fokus yang lebih terperinci dan holistik, selaras dengan aspirasi Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 dan Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional.
“OACP memfokuskan empat bidang utama iaitu pengurusan aset dan projek, sumber manusia, perolehan dan pentadbiran, menggariskan 10 objektif strategik dan 42 inisiatif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Pelan Strategik, Antirasuah dan IM-Strategic teras hala tuju JKR appeared first on Kosmo Digital.