Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang pekerja pencuci kereta warga Afghanistan cedera parah selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari tingkat tiga kawasan parkir di Bangunan OUG Park Lane, Jalan Klang Lama, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.38 petang ketika mangsa berusia 23 tahun memandu sebuah Toyota Camry milik pelanggan.
“Mangsa dipercayai hilang kawalan akibat tersilap menekan pedal minyak ketika ingin memarkir kenderaan berkenaan selepas selesai dicuci.
“Kenderaan itu kemudian melanggar pagar besi sebelum terjunam dari tingkat tiga dan menghempap dua buah kereta lain, Proton Iriz dan Perodua Myvi yang diletakkan di bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zamzuri, ketika kejadian pemilik tiada dalam dua kenderaan yang dihempap.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Silap tekan minyak, Toyota Camry terjunam dari tingkat 3 appeared first on Kosmo Digital.