Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG – Kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Papan, Pandamaran di sini bertukar tegang apabila terdapat individu yang mendakwa sebagai penduduk bertindak agresif membantah aktiviti itu.
Insiden kekecohan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi setiap kali perobohan namun berjaya dikawal sewajarnya oleh Pasukan keselamatan termasuk Unit Light Strike Force (LSF).
Sekurang-kurangnya 23 buah rumah telah berjaya dirobohkan sejak Isnin lalu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan yang bakal dilaksanakan pemaju.
Seorang penduduk, Lim Hua Kee, 66,
berasa kesal terhadap pemaju yang menuduh mereka mendiami rumah secara haram sedangkan kediaman itu telah dihuni sejak puluhan tahun lalu.
Katanya, dia akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa apabila pemaju enggan mematuhi arahan kerajaan negeri.
“Mereka (pemaju) kata kami duduk secara haram namun kami ada semua surat dengan kerajaan negeri sebelum ini memberikan kami berada di sini.
“Realitinya, pemaju sendiri tidak ikut undang-undang dengan melakukan perobohan sebegini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Untuk rekod, kampung berkenaan mula diteroka sejak 1960-an dan
diberikan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada pemilik sekitar tahun 1995.
Dikatakan berlaku pindah milik tanah tersebut pada awal 2000 kepada sebuah syarikat seterusnya mencetuskan tuntutan terhadap tapak kediaman penduduk.
Sebelum ini, Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah memaklumkan kerajaan bersetuju supaya hanya rumah tidak berpenghuni sahaja dirobohkan berdasarkan keputusan dicapai dalam mesyuarat bersama pemaju serta wakil penduduk pada 21 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Tony Leong Tuck Chee berharap pemaju lebih berperikemanusiaan dengan memberikan masa kepada penduduk serta pampasan yang sewajarnya.
“Dalam 181 buah rumah ini terdapat 30 pemilik yang layak mendapat pampasan. Mereka ini bukan mahu duit tetapi rumah pada harga berpatutan sebagai gantinya.
“Jadi, pemaju perlu bertimbang rasa dengan mereka yang terlibat ini rela keluar sekiranya pampasan itu ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Perobohan Kampung Papan bertukar tegang appeared first on Kosmo Digital.